Berita Utama

COVID-19: Lebih 134,000 orang mungkin maut di AS menjelang awal Ogos

Kelonggaran sekatan pergerakan cetuskan kebimbangan pakar kesihatan

WASHINGTON, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Satu projek yang dijalankan University of Washington meramalkan lebih 134,000 orang akan maut akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sehingga Ogos, lapor agensi berita Xinhua.

Projek dikendalikan Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) itu mengunjurkan 134,475 kematian akibat COVID-19 menjelang 4 Ogos.

“Unjuran itu jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini, mewakili gabungan kesan kematian, perubahan mobiliti dan penjarakan sosial” kata IHME dalam satu siaran akhbar.

New York, New Jersey, Pennsylvania, Massachusetts dan Michigan diramal mencatat jumlah korban kumulatif tertinggi.

Unjuran kumulatif kematian di negeri itu masing-masing meningkat sekurang-kurangnya 2,000, kata IHME.

Projek yang dikemas kini itu menunjukkan AS berada di puncak penularan wabak berpanjangan, hampir atau lebih 2,000 orang maut dalam sehari selama beberapa minggu, menurut IHME.

Banyak negeri di AS sudah mula melonggarkan sekatan pergerakan secara bertahap, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan kerana ia boleh menyebabkan lonjakan kes baharu jangkitan COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close