Berita Utama

COVID-19: Palestin lanjut darurat sebulan lagi

Jumlah kes meningkat 170 di Baitulmaqdis, 362 di Tebing Barat serta Gaza

RAMALLAH, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Presiden Mahmoud Abbas pada Isnin malam bersetuju untuk melanjutkan darurat di Palestin ketika wabak COVID-19 terus menular di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut agensi berita rasmi WAFA, Abbas melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi mulai 5 Mei.

Sekatan pergerakan setakat ini sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Kerajaan Palestin mengisytiharkan sekatan pergerakan yang pertama selama 30 hari pada 6 Mac, selepas kes COVID-19 di kesan di Bethlehem, Presiden kemudian memutuskan melanjutkannya selama sebulan lagi pada 3 April.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila dalam satu kenyataan berkata, 10 kes baharu dilaporkan di Baitulmaqdis yang diduduki dan di Tebing Barat.

Jumlah kes meningkat 170 di Baitulmaqdis dan 362 di Tebing Barat serta Gaza. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close