Pendapat

‘Hak asasi’ pelancong China, India enggan balik kampung

Sejak bila mereka ‘dipelihara’ di negara kita?

RAMAI yang membantah usaha kerajaan memburu imigran atau pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Rohingya dan lain-lain, kononnya melanggar hak-hak asasi.

Yang puluhan ribu warga China (dan India) tak balik kampung halaman mereka walaupun tempoh visa pelancong mereka sudah tamat tu macam mana pulak?

Atau hak asasi puak pelancong itu ialah supaya depa dapat duduk secara haram kat Malaysia?

Inilah satu bukti betapa hipokritnya kumpulan-kumpulan hak asasi ini.

Saya percaya terdapat satu agenda untuk mengalihkan isu pemerdagangan manusia melalui sindiket-sindiket penjualan kad pengenalan (MyKad) dan pasport Malaysia.

Dunia maya gegak gempita dengan isu pelarian warga Rohingya, dengan cerita-cerita dominasi mereka di pusat-pusat perniagaan rakyat Malaysia dan seumpamanya. Seolah-olah mereka adalah anggota-anggota kumpulan jenayah antarabangsa!

Tapi suara-suara gegak gempita netizen menjadi kelu dan terbungkam dalam isu sindiket penjualan MyKad dan pasport Malaysia.

Saya tidak terkejut kalau yang menggerakkan ‘kebencian’ terhadap pelarian Rohingya adalah tentera-tentera maya (cybertroopers) Red Bean Army (RBA) yang sudah termaklum SOP mereka.

Kita semua maklum bahawa terdapat undang-undang yang akan menangani apa-apa bentuk ancaman dari mana-mana pelarian sekalipun.

Kita tidak melindungi sesiapa yang melanggar undang-undang negara. Tetapi kita tidak ada sebarang alasan untuk menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak bersalah.

Akan tetapi, dalam perkara yang melibatkan ketenteraman awam, keselamatan masyarakat dan kedaulatan negara, isu ‘pelancong-pelancong China (dan India) yang tidak balik kampung’ ini sudah menjadi satu ancaman yang sangat besar dan masalah yang serius.  

Kita sebagai rakyat Malaysia secara umum mungkin tidak tahu tentang keberadaan golongan ini, yang sudah berada dalam masyarakat kita sejak bertahun-tahun lamanya.  

Bagaimanapun, terdapat satu cara bagaimana kita boleh tahu tentang realiti kewujudan puak pelancong ‘haram’ ini – iaitu ketika pihak berkuasa melakukan serbuan ke pusat-pusat pelacuran, rumah-rumah urut, kelab-kelab judi, premis-premis-premis percetakan MyKad dan pasport palsu serta perjudian dalam talian.

Barulah terdedah kewujudan mereka di depan pandangan masyarakat.

Walaupun ramai yang ditangkap dan didakwa tapi bilangan mereka tetap menimbulkan ancaman dan kebimbangan di kalangan rakyat. Nisbah yang terkantoi pula sangat sedikit.

Ke mana mereka semua yang lain itu pergi atau bersembunyi?

Siapa yang melindungi mereka?

Sejak bila mereka ‘dipelihara’ di negara kita?

Apakah ‘kerja-kerja’ yang mereka lakukan selama tinggal secara ‘haram’ di Tanah Melayu ini?

Adakah mereka terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah?

Pegawai-pegawai dari agensi-agensi yang berkaitan yang ditangkap dan didakwa – adakah mereka sekadar ‘bilis-bilis kecil’ yang dikambinghitamkan untuk melindungi nama-nama atau tokoh-tokoh tertentu?

Fenomena ini bukan berlaku sejak sebulan dua, tetapi telah wujud di bawah mata kerajaan yang diperintah oleh BN, PH dan terkini PN.

Semua pemimpin politik ini tidak boleh mendabik dada atau layak mengaku bahawa mereka telah membanteras kebanjiran puluhan ribu pelancong China (dan India) yang enggan balik kampung ini sejak tahun 2003 lagi.

Mereka tidak boleh memperbodohkan rakyat lagi.

Sekiranya isu ini gagal diselesaikan dan puluhan ribu puak-puak ini tidak dihantar pulang ke kampung asal masing-masing, maka rakyat ada cara tersendiri untuk menghukum mana-mana pemimpin atau parti politik yang sama ada bersubahat (secara langsung atau sebaliknya) atau yang mendiamkan diri ketika ia berlaku.

Ini bukan setakat perbuatan menjual maruah negara, tetapi menjual negara sendiri. 

Tangan rakyat yang mengundi dalam PRU15 nanti akan menentukan nasib para pengkhianat ini.

Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Mohd Luttfi Abd Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close