Berita UtamaDunia

Gelombang ketiga: Hong Kong larang makan di restoran

Pakar kesihatan salahkan ribuan dari China tak jalani kuarantin

HONG KONG, 6 Zulhijjah 1441H, Isnin – Hong Kong melarang orang ramai makan di restoran berikutan kemunculan gelombang ketiga coronavirus yang mengakibatkan ratusan kes baharu.

Langkah-langkah baru, yang disahkan oleh Majlis Eksekutif pada mesyuarat tergempar, juga mewajibkan pemakaian topeng muka di semua tempat awam, di luar dan di dalam rumah, lapor Hong Kong’s Now TV.

Larangan itu akan berkuat kuasa pada Rabu ini.

Hong Kong mencatatkan hampir 140 kes baharu COVID-19 pada hari ini dan kes kematian ke-20 dikaitkan dengan wabak itu, lapor akhbar Ming Pao.

Pakar kesihatan mendakwa kenaikan kes COVID-19 adalah kerana ribuan kru laut, udara dan pelancong perniagaan dari China tidak melakukan ujian dan kuarantin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button