Berita Utama

KKM buat laporan polis berhubung kenyataan fitnah

5 pegawai menteri, kementerian didakwa ditahan SPRM

PUTRAJAYA, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang mendakwa lima pegawai menteri dan kementerian itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya berhubung fitnah di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun “Teuku Shafiz Rullah”, “STEADYAKU47” dan akaun twitter “Fadzilah [email protected]”.

Menurut KKM, hantaran Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.

Hantaran itu antara lain mendakwa “Menteri Kesihatan juga terlibat” dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperoleh kontrak RM30 juta, menurut kenyataan itu.

“KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut,” kata kementerian itu, sambil berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button