Berita Utama

KKM sedia bantu siasatan SPRM

Perkara ini sebaiknya dirujuk kepada SPRM kembali

PUTRAJAYA, 12 Ramadan 1441H, Selasa – “Kementerian Kesihatan akan sentiasa beri kerjasama kepada SPRM kalau diperlukan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian menjawab soalan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal bernilai RM30 juta.

Syarikat itu dilapor mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara ini mengenai SPRM jadi sebaik-baiknya kita rujuk kepada SPRM kembali,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, sumber di SPRM enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.

Sumber itu memberitahu, pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lalu dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba kemudian mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button