Berita Utama

Menteri Kewangan menghadap Agong beri taklimat ekonomi negara

Beri pandangan terkini, perkembangan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek

KUALA LUMPUR, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi taklimat dan perkembangan terkini mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan dan ekonomi negara.

“Saya menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Mei, 2020 untuk memberi taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan dan ekonomi negara,” kata Tengku Zafrul di laman Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, perbincangan semasa pertemuan itu turut merangkumi isu-isu mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara, perniagaan dan pekerjaan serta memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai pelan kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi.

Tengku Zafrul juga memberi taklimat kepada Seri Paduka Baginda mengenai pandangan terkini dan perkembangan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kemurahan hati baginda dan peluang yang diberikan untuk berkongsi mengenai perkembangan terkini ini serta keprihatinan berterusan baginda terhadap rakyat,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button