Berita UtamaDunia

PM Perancis dikritik mahu longgar perintah berkurung

Korban di Perancis lebih 25,000, negara ke-5 tertinggi akibat COVID-19

PARIS, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Perancis mencatatkan jumlah kematian melebihi 25,000 orang setakat hari ini, negara kelima tertinggi akibat COVID-19 selepas Britain, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Perdana Menterinya,  dikecam selepas mempertahankan keputusan untuk melonggarkan perintah berkurung yang mula dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu.

“Pelaksanaan tempoh berkurung bertujuan mengekang wabak, tetapi ia menjejaskan sosial dan ekonomi yang sangat besar.

“Kita berada pada saat menentukan dan tidak boleh terus dalam fasa penutupan, berikutan ekonomi perlu dibuka semula dengan cepat dan pantas,” katanya.

Semalam, barisan pembangkang sayap kanan membantah keputusan Philippe dan bertegas tidak bersetuju dengan penarikan semula tempoh berkurung di Majlis Tinggi Senat.

Selain itu, lebih 300 datuk bandar termasuk wilayah Paris, Anne Hidalgo mengutus surat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron mendesak untuk berbincang semula keputusan Philippe.

Mereka mahu tempoh, sebelum membuka kembali sekolah berikutan guru memerlukan untuk mengubah rutin harian persekolahan.

Difahamkan, ekonomi Perancis dijangka akan merosot lapan peratus pada tahun ini menjadikannya prestasi terburuk selepas berlakunya sesuatu peperangan. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close