Berita Utama

Angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok

Majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negeri

KOTA KINABALU, 10 Safar 1442H, Isnin – Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok.

Menurut pemakluman Jabatan Penerangan Sabah hari ini, istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Negeri Sabah di Jalan Istana di sini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sebagai berkata, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah baharu.

Sebelum itu, Bung Moktar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Juhar di istana itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas, pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS memperoleh 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3). -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button