Berita Utama

Selayang, Chow Kit dikenakan PKPD

PKPD Hulu Langat, beberapa kawasan di KL ditamatkan

KUALA LUMPUR, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar mengesahkan sebanyak dua kawasan di Selayang dan Chow Kit telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perintah berkenaan yang dikuat kuasakan sejak tengah malam tadi membabitkan Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang, manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitara Jalan Raja Bot.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, PKPD di Hulu Langat dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur ditamatkan kelmarin.

Ia membabitkan Sekolah Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui; Menara City One; Malayan Mansion; Selangor Mansion dan kawasan sekitar Jalan Masjid India.

Bagaimanapun, beliau berkata, atas nasihat Menteri Kesihatan, PKPD di Parcel C, D, E dan F di kedua-dua kawasan Pusat Bandar Utara dan Selayang Baru, dilanjutkan hingga 12 Mei

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button