Berita Utama

Terima kasih rakyat buat kawalan kendiri pada hari pertama PKPB

Bayangkan keadaan huru-hara namun ia adalah sebaliknya: Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Tanggapan akan berlaku kekecohan dan huru-hara semalam apabila rakyat yang sekian lama berkurung di rumah “dibebaskan” ternyata meleset, terima kasih kepada seluruh anggota masyarakat kerana mampu membuat kawalan diri.

Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau sendiri membayangkan keadaan yang teruk itu akan berlaku pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

“Bayangkan, setelah begitu lama di rumah tiba-tiba semalam dibebaskan. Tentulah keadaan jadi huru-hara kerana ramai akan keluar dan sebagainya, namun keadaan adalah sebaliknya,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, keadaan masih terkawal dengan majoriti rakyat termasuk pemilik premis perniagaan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini menunjukkan norma-norma baharu itu telah mula diikuti dan jadi budaya rakyat kita. Seperti saya sebutkan, kawalan kendiri ini yang amat penting bagi kita untuk menjaga kepentingan kesihatan kita, nampaknya sedang diamalkan rakyat kita,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close