Dunia

184 kali kampung Palestin diroboh Israel

Rejim dakwa lokasi kampung al-Araqib dibina atas tanah milik Zionis

BAITULMAQDIS, 27 Rejab 1442H, Jumaat – Pihak berkuasa negara haram Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah Negev selatan. 

Anggota Jawatankuasa Pertahanan Kampung Al-Araqib, Aziz al-Touri berkata, tindakan perobohan itu bukan baru dilakukan, sebaliknya sudah mencecah 184 kali setakat ini. 

Beliau memberitahu, tindakan perobohan kesembilan sejak pandemik COVID-19, di mana kali terakhir adalah 17 Februari lalu. 

Rumah di kampung Al-Araqib – yang dihuni oleh 22 keluarga Palestin – dibina dari kayu, plastik dan besi bergelombang. 

Menurut al-Touri, penduduk kampung berhasrat untuk membina semula kediaman serta bangunan lain yang telah dimusnahkan.

Tindakan perobohan di perkampungan itu mula dilakukan rejim Israel pada tahun 2010, namun setiap kali dimusnahkan penduduk akan membina semula bangunan dan rumah mereka. 

Rejim penjajah mendakwa bahawa lokasi perkampungan itu berada di bawah tanah Israel. 

Atas sebab itu, pihak berkuasa Israel berusaha merebut tanah dan menghalau penduduknya, di mana puluhan kampung berdepan ancaman sama di wilayah Negev.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button