Berita Utama

7 pendatang asing dilapor lari dari pusat kuarantin COVID-19

Mereka dilapor melarikan diri pada awal pagi Isnin

KUALA LUMPUR, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes COVID-19 dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Menurut sumber The Star, individu berkenaan yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh tinggal di sekitar Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru.

Dilaporkan mereka melarikan diri pada awal pagi Isnin.

Kehilangan mereka disedari pada kira-kira jam 10.00 pagi oleh doktor yang membuat rondaan.

Menurut laporan, mereka sepatutnya dikuarantin sehingga 7 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim telah merujuk perkara itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), yang menyelia pusat kuarantin berkenaan.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close