Berita Utama

Boleh ambil anak di kampus mulai hari ini, tapi hanya dalam negeri

Boleh ambil anak di kampus mulai hari ini, tapi hanya dalam negeri

BANGI, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju membenarkan ibu bapa pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), termasuk Politeknik serta Kolej Komuniti menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing.

KPT dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Sehubungan itu, katanya, KPT memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk menjemput anak masing-masing di kampus bermula hari ini, dan hanya terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja.

“KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu di talian 03-88706777/6949/6623/6124,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close