Berita UtamaDunia

Ekonomi dibuka, Jordan tetap teruskan perintah berkurung

Kemungkinan kembalinya COVID-19 adalah nyata, serius

AMMAN, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Jordan akan terus melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam setiap hari walaupun penyebaran COVID-19 dapat dikawal dan perniagaan dibuka kembali, kata seorang jurucakap pemerintah, semalam.

Amjad Adailah mengatakan, Kabinet yang mengarahkan perintah berkurung pada 21 Mac lalu, juga akan terus melaksanakannya pada hujung minggu.

“Kami telah mengawal penyebaran wabak itu tetapi bahaya itu nyata dan kemungkinan kembalinya itu nyata dan serius,” kata Adailah.

Perdana Menteri, Omar al Razzaz dalam kenyataan di televisyen berkata, langkah-langkah berkurung yang dilaksanakan telah membawa hasil yang jauh lebih baik daripada dijangkakan.

Kerajaan tidak mendaftarkan kes coronavirus untuk hari kelapan berturut-turut, kata Razzaz. 

Negara itu kini mencatatkan 465 kes COVID-19 dengan sembilan kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button