Berita Utama

Ismail Kamus bertambah baik

Jantung masih lemah, diberikan ubat untuk sokongan

KUALA LUMPUR, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Keadaan Datuk Ismail Kamus yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), bertambah baik.

Perkara itu dikhabarkan anak beliau, Mohd Firdaus Ismail yang memaklumkan menerima perkembangan baik mengenai bapanya itu daripada doktor.

“Selepas habis proses dialisis ada sedikit pengurangan toksin dalam badan. Menurut doktor lagi, jantung masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan

“Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menurut Mohd Firdaus, doktor akan memaklumkan perkembangan bapanya dari semasa ke semasa.

Beliau turut meminta orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Ismail.

Terdahulu, Ismail dimasukkan ke HKL pada 26 April lalu.

Beliau dijangka keluar hospital pada hari ini, namun dimasukkan ke ICU pada malam Isnin akibat sedikit serangan jantung, strok ringan, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman di paru-paru.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button