
GAZA CITY, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Rejim Israel pada Rabu melancarkan serangan yang mensasarkan kumpulan penentang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.
Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas, diserang tentera Israel.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.