Dunia

Kes COVID-19 di AS kini cecah 1.2 juta

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini

NEW YORK, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) Selasa, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini.

New York kekal negara paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian.

Massachusetts, Illinois, California dan Pennsylvania masing-masing mencatat lebih 50,000 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button