Berita Utama

Pajak gadai bukan Islam caj riba kepada pelanggan

Turut kenakan faedah hingga 24 peratus sekiranya lewat bayar cagaran

BANGI, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Premis pajak gadai milik bukan Islam telah mengenakan cas riba kepada pelanggan, kata Naib Pengerusi Majlis Ulama Islam ISMA (MUIS) Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian.

Berdasarkan Akta Pajak Gadai 1972, undang-undang menetapkan tempoh selama minimum enam bulan tempoh bagi bayaran balik barangan yang telah dicagarkan.

Bagaimanapun, terdapat premis pajak gadai bukan Islam yang memberi pilihan kepada pelanggan untuk memanjangkan tempoh bayaran balik, dengan kaedah pelanggan hanya perlu membayar harga bunga atau faedah bagi barangan yang telah dicagarkan.

“Tapi pada masa sama, mereka akan naikkan bunga. Bila perkara itu berlaku kita akan fikir tidak perlu bayar barang yang dipajak.

“Maka faedah yg kita bayar adalah faedah riba dan benda itu akan menjerat kita,” katanya ketika Temubual Ekslusif TV Pertiwi hari ini.

Selain itu, Ustaz Mohd Suhail yang berkecimpung dalam industri perbankan mendedahkan, selain terlibat dengan riba, sebahagian premis pajak gadai milik bukan Islam turut terbabit dalam ekosistem ceti haram (along), wang pinjaman berlesen dan tidak berlesen.

“Ia sudah lama berlaku, cuma tidak didedahkan kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Suhail berkata, sistem pajak gadai dalam Islam tidak mengenakan faedah, dan ia adalah transaksi secara akad jual beli dengan komoditi luar.

“Contoh, sekiranya kita pinjam RM1,000, jumlah yang perlu dibayar adalah RM1,100 dan harganya tidak boleh naik.

“Tetapi, faedah premis pajak gadai boleh naik sehingga 24 peratus sekiranya pelanggan lewat membayar semula barang cagarannya.

“Jadi, bila dia naikkan 24 peratus, ia masih dalam akta dibenarkan tetapi perbezaannya besar, dan jelas menzalimi peminjam.

“Belum dikira lagi jika pajak gadai menipu dengan mengenakan faedah berganda (compounding) yang lebih lebih menzalimi peminjam” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close