Berita UtamaDunia

Pelajar di Wuhan buat saringan suhu sebelum masuk sekolah

Perlu berada di meja dengan jarak 1 meter antara satu sama lain

WUHAN, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Wuhan – tempat pertama dikesan virus COVID-19 – kini mula menjalani kehidupan normal seperti biasa – apabila sesi persekolahan dibuka, khas untuk pelajar menjalani peperiksaan kemasukan universiti.

Pelajar dan kakitangan perlu menjalani ujian saringan sebelum kembali ke kampus, yang mana pengimbas suhu ditempatkan di pintu sekolah.

Pelajar ditempatkan di meja masing-masing dengan jarak satu meter antara satu sama lain dan jumlah pelajar untuk setiap kelas dikurangkan seperti sebelum ini.

“Sekolah akhirnya dibuka semula. Ini kali pertama saya sangat gembira untuk kembali ke sekolah, walaupun harus menduduki peperiksaan bulanan pada 8 Mei ini, tulis seorang netizen melalui appikasi Weibo – versi Twitter di China.

Sekolah di Wuhan yang ditutup mulai Januari lalu dibuka secara berperingkat bermula bulan lalu.

Semua operasi nyah kuman dijalankan di semua sekolah bagi memastikan persekitaran selamat bagi pelajar.

Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh China kini mencecah 82,883 dengan 4,633 kematian direkodkan setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button