Berita Utama

Pemimpin pelapis berwibawa hampir tiada dalam kamus

Politik berliku sebabkan hal pewarisan tiada dalam pemimpin veteran

BANGI, 13 Ramadan 1441H, Rabu – Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menegaskan, umat Islam dan orang Melayu di negara ini mesti bersatu di atas dasar akidah dan ukhwah Islamiah.

Beliau berkata, dengan adanya kesatuan yang kukuh, ia akan dapat memastikan perkembangan Islam dan agenda bangsa dapat dibangunkan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana perjalanan politik negara ketika ini yang dilihat terlalu berliku, tidak menampakkan siapa yang mampu menjadi pemimpin pelapis di masa akan datang.

“Perjalanan politik berliku hari ini menyebabkan projek pewarisan kepada generasi pemimpin pelapis yang berwibawa hampir tiada dalam kamus kehidupan pemimpin politik veteran hari ini.

“Semoga akan lahir kelak anasir dan seterusnya generasi kepimpinan baharu yang bersedia untuk mendokong dan menjulang agenda agama dan bangsa dalam kepimpinan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Prof Zainur juga menegaskan, pemimpin yang berwibawa, amanah dan kompeten akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara serta menjamin keadilan kepada semua rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close