Berita Utama

Semoga AG beri keadilan kepada keluarga Adib

Mungkin kes Adib tak ‘se-glamor’ kes LTTE, Guan Eng pada pandangan Tommy

BANGI, 13 Ramadan 1441H, Rabu – “Semoga Peguam Negara baru boleh membantu dalam memberikan keadilan kepada kaum keluarga Allahyarham Adib,” demikian kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Beliau berkata, adalah tidak adil apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memandang remeh terhadap kes rusuhan di kuil Ladang Seafield sehingga mengakibatkan kematian kepada seorang penjawat awam.

“Apatah lagi apabila ianya melibatkan anggota bomba yang hadir di tengah-tengah rusuhan itu semata-mata untuk membantu dan menyelamat.

“Mungkin pada pandangan Peguam Negara PH, kes arwah Adib tidak sama glamor dan melibatkan konsep keadilan bertahap tinggi seperti kes rasuah Lim Guan Eng dan kes keselamatan LTTE,” katanya dalam satu kenyataan.

Pun begitu, beliau berharap Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun akan memberi pertimbangan sama berat kepada kes yang melibatkan penjawat awam berpangkat rendah ini.

“Sekarang sudah ada Peguam Negara baru. Insya-Allah akan adanya perubahan sikap Jabatan Peguam Negara terhadap kes ini. Barulah adil itu. Keadilan adalah sama untuk semua. Sepatutnya,” katanya.

Semalam, bapa kepada anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid mengemukakan representasi kepada Idrus, bagi mendapatkan pendirian AGC berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap Tommy selaku AG sebelum ini.

Peguam Aidil Khalid, yang mewakili Mohd Kassim berkata, representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran AG pada 6 Mac lalu, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Tommy selaku bekas AG, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Tommy tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close