Berita Utama

Mohon kerajaan PN beri ruang NGO Islam sampaikan pandangan demi negara

Penyatuan umat Islam bermula melalui pegangan akidah: PEMBELA

BANGI, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memohon kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi ruang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk memberikan pandangan demi kebaikan negara.

Setiausaha Agungnya, Mahmud Hishamuddin berkata, PEMBELA memilih pendekatan yang diajar oleh agama iaitu agama itu nasihat (Ad Deen un nasiha).

“Saya harap pihak kerajaan dapat mendengar suara kami dan bertindak. Kita juga boleh berbincang apa-apa ruang kerjasama

“Dan untuk umat Islam, teruskan bersama PEMBELA. Kita memang mengalu-alukan segala pandangan dan sebagainya…Kita tidak dakwa kita tahu semuanya.

“Kita juga perlu mendapat pandangan dan sokongan semua. Tanpa umat Islam kita juga tidak menjadi relevan,” katanya menerusi siaran langsung PEMBELA – Perjuangan dan Hala Tuju di Facebook.

Ditanya mengapa PEMBELA tidak bersatu dengan NGO lain yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, Mahmud menjelaskan bahawa ia melihat kepada kecenderungan tujuan dan objektif sesuatu penubuhan itu.

“PEMBELA mudah. Kita punya kayu ukur hablillah iaitu tali Allah yang berpegang pada Ahlus Sunnah wal Jamaah.

“Jika ada satu kelompok muslim yang pegangan akidah tidak betul untuk sertai, kita minta perbetulkan dahulu yang asas itu. Ini kerana jika yang asas itu pun tidak boleh betul, nak buat penyatuan atas benda lain, ampun maaflah ini semua retorik atau orang cakap cerita kartun,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mahmud menegaskan bawah penyatuan bermula melalui pegangan akidah.

“Bagaimanapun tidak bererti kita boleh menganiaya orang lain. Ada sesetengah orang, sebab Ahlus Sunnah wal Jamaah sahaja ingat kita mahu menganiaya orang lain. Tidak itu bukan caranya. Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah pendekatan wasatiyyah yang adil dan saksama,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

One Comment

  1. Pandangan dan syor “Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memohon kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar memberi ruang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk memberikan pandangan demi kebaikan negara.

    Terhadap syor yang disanpaikan okeh Setiausaha Agungnya, Mahmud Hishamuddin, Saya ingin syorkan agar selepas PKP Covid19, pihak PEMBELA kumpul beberapa org wakil drp kalangan org2 melayu/ Islam drp NGO yg punya idea2 bernas siapkan satu resolusi untuk dipersembahkan kpd PM bentangkan di hadapan beliau.

    Sekiranya pandangan yg disuarakan SU AgonG PEMBELA tidak direalusasikan, sekadar viral dlm group2 whatsApp atau FB, ia tak sampai kemana2, setakat “panas kepala dn panas hati” saja ….itulah sedikit pandangan dr saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close