Berita Utama

74 pulih, 39 positif COVID-19

8 kes dikesan dari cluster, lokaliti bawah PKPD

PUTRAJAYA, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Situasi COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan tanda positif apabila 74 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, hampir dua kali ganda berbanding kes baharu iaitu 39 kes setakat 12 tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes iaitu 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, kes positif COVID-19 kini berjumlah 6,467 kes, di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

“Daripada 39 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 38 kes, di mana lapan kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 19 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan kes memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close