Berita Utama

Berita palsu tular hari ini

KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan dakwaan pihaknya menganjurkan program Loteri Khas Keluarga Telekom Malaysia dengan hadiah wang tunai yang memerlukan pemenang menghantar butiran peribadi melalui e-mel. TM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang sindiket penipuan e-mel dan membuat semakan di http://bit.ly/ScamAlert-1, http://bit.ly/ScamAlert-2 dan http://bit.ly/ScamAlert-3 .

2. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menafikan pihaknya pernah meminta orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasar raya di Masjid Tanah pada 1 Mei dan 2 Mei, 2020 untuk menjalani saringan COVID-19. JKN Melaka menasihati sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi CPRC Melaka di talian 062356999 / 6851 atau e-mel cprcmelaka.moh.gov.my. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close