Berita UtamaIstimewa

Macam mana PM boleh setuju lantik Lian Ker anti dasar Islam?

Ultra kiasu tidak boleh diberi muka atas alasan perpaduan: Netizen

BANGI, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Pelantikan Naib Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara dianggap sebagai kesilapan besar dalam keadaan rakyat sudah boleh menerima pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan kerajaan PN tidak mengambil iktibar dengan pengalaman dan sejarah pahit kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Macam manalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh setuju dengan lantikan ultra kiasu ini yang terang-terang anti-Islam masa zaman BN dulu.

“Sudahlah kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Tengoklah jika tak percaya yang Ti Lian Ker ini pasti akan lebih menunjukkan kuasa dia lebih dari bos atas dia seperti di Kementerian Pendidikan zaman PH dulu di mana Maszlee Malik tenggelam jika dibandingkan dengan timbalannya.

“PN taknak belajar dari sejarah ke?” demikian kata Perwira Sejagat.

Norshidah Norshidah pula berpandangan, pelantikan Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara tidak seharusnya berlaku.

“Sepatutnya tidak ada lagi timbalan menteri daripada kalangan MCA. Itu semua sepatutnya menjadi sejarah. Kenapa Melayu ini mudah lupa,” katanya.

Sementara Effa Taffa pula menegaskan bahawa ultra kiasu tidak boleh diberi muka atas alasan perpaduan.

“Nanti bila ada kuasa kita digigit semula. Sudah nampak sisi sebenar mereka 22 bulan betapa bencinya mereka pada Melayu. Kami beri kuasa bukan untuk susukan kera di hutan,” katanya.

Mohd Ghaib Muhamad setuju sekiranya jawatan itu dilantik oleh golongan professional.

“Pemimpin MCA yang tidak dengar nasihat patut disingkirkan sahaja. Jangan bagi peluang langsung,” katanya.

Lian Ker mencetuskan kontroversi pada 2017 apabila berkata, MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencapai kejayaan apabila menghalang UMNO yang mengetuai BN daripada membawa RUU355 melalui usul kerajaan.

Menurut beliau, kejayaan ini menunjukkan bahawa MCA masih kuat dalam memberi tekanan politik dalam BN.

Selain itu, pada tahun yang sama juga Lian Ker pernah mendesak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, untuk menjelaskan mengapa Dr Zakir Naik diberikan status PR, kerana pada Lian Ker, pakar perbandingan agama itu terkenal menimbulkan ketegangan.

Lian Ker berkata, beliau berasa tidak senang apabila Dr Zakir diizinkan untuk mengadakan ceramah agama di sini walaupun beliau telah menimbulkan banyak kegelisahan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang kaum.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close