Berita Utama

Pemuda ISMA anjur program Geng Ngaji Quran

Sasar 1,000 pemuda khatam dalam talian akhir Ramadan

BANGI, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Pemuda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengajak pemuda berusia 18 hingga 40 tahun mendekati dan mendalami al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini menerusi program Geng Ngaji Quran.

Pengarah Program Geng Ngaji Quran 2020, Dr Isa Mohd Hasan berkata, program yang bermula pada 24 April lalu membabitkan 34 cawangan Pemuda ISMA di seluruh negara.

Katanya, selain mendalami al-Quran, program Geng Ngaji Quran juga menawarkan klinik Tahsin al-Quran di mana Pemuda ISMA menyediakan 100 guru al-Quran yang akan membimbing para pemuda membetulkan bacaan mereka.

“Pemuda ISMA menyasarkan seramai 1,000 orang pemuda dari seluruh negara akan khatam al-Quran secara atas talian menjelang akhir Ramadan kali ini.

“Semoga aktiviti yang dianjurkan di bulan Ramadan yang juga jatuh pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat membantu anak muda untuk mengisi waktu lapang dengan aktiviti berfaedah serta mampu membawa mereka menghayati pengertian sebenar Ramadan sebagai bulan al-Quran,” katanya menerusi satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh layari http://bit.ly/daftargengngaji atau terus hubungi wakil Geng Ngaji Pemuda ISMA yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button