Berita UtamaDunia

Penyelidik COVID-19 mati ditembak

Belum ada bukti kaitkan pembunuhan dengan jenayah kebencian

PITTSBURGH, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania, yang hampir menemui ‘signifikan’ berkaitan wabak COVID-19, ditemui mati di rumahnya, Sabtu lalu.

Bing Liu, 37, dipercayai dibunuh selepas polis menemui kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.

Penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu, disyaki individu berkenaan yang menembak Liu sebelum membunuh diri.

Jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp berkata, siasatan awal menunjukkan mereka saling mengenali, tetapi belum ada bukti menunjukkan wujud jenayah kebencian.

“Kami tidak menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan dengan Universiti Pittsburgh, kerja dilakukan universiti itu atau krisis global dialami Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia ketika ini,” katanya.

Liu memiliki ijazah kedoktoran (PhD) dalam jurusan sains komputer daripada Universiti Nasional Singapura, berkhidmat sebagai felo kedoktoran di Universiti Carnegie Mellon sebelum menjadi penyelidik bersekutu di Sekolah Perubatan, Universiti Pittsburgh.

Pihak unversiti menyifatkan Liu sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.

Beliau adalah mentor cemerlang dan penyelidik prolifik yang juga pengarang membabitkan lebih 30 kertas kerja dengan fokus kepada biologi sistem. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close