Berita Utama

PKPB: Imbangi aspek kesihatan, ekonomi demi rakyat

Ramai pihak akan terjejas jika kerajaan tak buka sektor ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula sejak Isnin lepas, menerima pelbagai reaksi daripada rakyat.

Langkah kerajaan itu mendapat reaksi positif kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk kembali bekerja dan menjana pendapatan, sekali gus merancakkan semula ekonomi negara yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang memaksa sebahagian besar penduduk di negara ini berada di rumah bagi mengekang wabak COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button