Berita Utama

PLUS jangka lebih 300,000 kenderaan rentas negeri

Guna aplikasi Waze atau Google Map elak sesak di lebuh raya

BANGI, 14 Ramadan 1441H, Khamis – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 300,000 kenderaan akan merentas negeri bermula hari ini sehingga Ahad membabitkan pemohon Gerak Malaysia.

Selaras dengan garis panduan yang ditetapkan, pengguna hanya dibenarkan keluar untuk pergi ke tandas apabila berada di hentian rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau plaza tol.

Mereka perlu sentiasa mematuhi garis panduan penjarakan sosial ketika beratur bagi menggunakan tandas awam di R&R dan hentian sebelah.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, untuk perjalanan Gerak Malaysia, orang ramai boleh menggunakan

Selain itu, mereka boleh mendapatkan maklumat trafik menerusi papan tanda elektronik yang disediakan di lokasi-lokasi strategik di sepanjang 1,131.4 kilometer lebuh raya PLUS.

“Setiap pemandu dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan mereka mempunyai baki yang mencukupi di dalam kad Touch ‘n Go masing-masing sebelum memasuki lebuh raya.

“Orang ramai dinasihatkan membuat urusan tambah nilai di stesen minyak, kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara,” katanya.

Hari ini pergerakan dikhaskan untuk mereka dari Kuala Lumpur; 8 Mei untuk mereka yang bergerak dari Perak, Johor dan Kelantan; 9 Mei untuk anda yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang; manakala 10 Mei untuk anda yang bergerak dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button