Berita UtamaDunia

Qatar Airways mahu mulakan penerbangan ke 132 destinasi

Industri penerbangan merosot teruk akibat krisis penularan COVID-19

DOHA, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Qatar Airways mahu memulakan penerbangannya bulan ini, dengan harapan negara-negara lain akan mengurangkan sekatan perjalanan udara, lapor Reuters.

Qatar Airways antara syarikat yang meneruskan penerbangan yang telah dijadualkan ketika seluruh dunia melaksanakan sekatan bagi mengekang pandemik COVID-19, dengan mengekalkan perkhidmatannya ke 30 destinasi.

Kini, syarikat milik negara itu secara beransur-ansur akan meneruskan penerbangan ke 52 destinasi pada akhir Mei dan hingga 80 destinasi pada bulan Jun.

“Kami telah meningkatkan kepercayaan yang kuat dengan penumpang, pemerintah, perdagangan dan lapangan terbang sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai ketika krisis. 

“Qatar Airways berhasrat untuk terus melaksanakan misi ini kerana kami mahu mengembangkan jaringan,” kata Ketua Eksekutif, Akbar al-Baker.

Tetapi syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa sekatan masuk di negara-negara lain kerap berubah, sehingga sukar untuk meramalkan perjalanan masa depan.

Perjalanan jarak dekat dijangka pulih terlebih dahulu, sementara permintaan antara bandar-bandar besar di dunia mungkin mengambil tempoh lebih lama.

Menjelang bulan Jun, syarikat itu berhasrat untuk terbang ke 33 destinasi Asia Pasifik, 23 di seluruh Eropah, 20 di Timur Tengah dan Afrika dan empat di Amerika, yang kebanyakannya telah melarang orang asing masuk.

Industri penerbangan menjadi antara yang paling teruk dilanda krisis COVID-19, apabila kebanyakan negara menutup sempadan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close