Berita Utama

Sabah benar sektor ekonomi operasi secara berperingkat

Kilang dan ladang sawit di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan boleh operasi

KOTA KINABALU, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula secara beperingkat mulai hari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sektor tersebut ialah pertanian dan industri makanan, perkilangan dan pembuatan dan operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti dan pelabuhan.

“Kerajaan negeri juga memutuskan kilang dan ladang sawit di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas COVID-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Kerajaan negeri mengambil maklum akan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) 2020, yang mula berkuat kuasa pada 4 Mei hingga 12 Mei 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button