Berita UtamaDunia

Turki longgar perintah berkurung mulai 10 Mei

Kanak-kanak bawah umur 14 tahun boleh keluar rumah pada 13 Mei

ANKARA, 14 Ramadan 1441H, Khamis – Turki akan melonggarkan perintah berkurung bagi individu yang berusia lebih dari 65 tahun, mereka yang menderita penyakit kronik dan golongan muda di bawah umur 20 tahun, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa orang yang berusia lebih dari 65 tahun akan dibenarkan meninggalkan kediaman mereka dalam jarak berjalan kaki dan memakai topeng muka, pada 10 Mei antara jam 11.00 pagi hingga 3.00 pagi waktu tempatan (0800-1200GMT).

Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun akan dibenarkan keluar pada 13 Mei pada waktu yang sama, sementara kanak-kanak berumur 15-20 tahun boleh keluar rumah pada 15 Mei, juga dalam jarak berjalan kaki dan memakai topeng, tambah kenyataan itu.

Turki memperkenalkan perintah tinggal di rumah untuk mereka yang berusia lebih dari 65 tahun pada 21 Mac, sementara mereka yang berusia di bawah 20 tahun diberi kelonggaran sejak 3 April untuk membendung penyebaran coronavirus.

Sehingga semalam, Turki melaporkan sejumlah 131,744 kes coronavirus dan 78,202 daripadanya telah pulih sepenuhnya. Angka kematian ialah 3,584. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button