Berita Utama

COVID-19: Turki agresif laksana pelbagai inisiatif lindungi ekonomi

Perintah Berkurung hanya buat pada hujung minggu bagi lindungi kepentingan negara

BANGI, 15 Ramadan 1441H, Jumaat – Negara Turki hanya melaksanakan Perintah Berkurung pada hujung minggu sahaja, kata rakyat Malaysia di negara itu, Mohamad Shafiq Mohammad Shafie.

Berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan setiap hari di Malaysia, Mohamad Shafiq berkata, Perintah Berkurung di Turki hanya membabitkan hari Sabtu dan Ahad berikutan kegusaran akan kejatuhan sumber ekonomi,

Beliau berkata, sektor pelancongan adalah salah satu sumber ekonomi Turki selain daripada sektor pertanian

“Pada awal tahun ini, pelancongan turun mendadak kepada 22 peratus, namun ia semakin menurun kepada 57 peratus hingga bulan Mac lalu.

“Jadi, kerajaan Turki membuat perancangan bebas COVID-19, khususnya hotel dan kenderaan pelancongan. Bagi sektor perhotelan, mereka akan beri kursus mengenai cara-cara untuk menangani pelancong-pelancong pada bulan Jun dan ke atas,” katanya ketika temu bual Eksklusif TV Pertiwi hari ini.

Pada masa sama, Muhamad Shafiq berkata, pergerakan penduduk di Turki agak terhad dan keadaan masih lagi terkawal, meskipun terdapat banyak premis perniagaan ditutup.

“Namun, sekiranya ada yang keluar ketika hari Perintah Berkurung, mereka akan dikenakan kompaun sebanyak 3,150 lira bersamaan AS$440 setiap seorang tanpa kompromi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Shafiq berkata, situasi di Turki menghadapi COVID-19 semakin baik apabila jumlah penduduk pulih daripada wabak itu direkodkan seramai 82,984 daripada 133,721 kes disahkan.

Selain itu, Turki juga mencatatkan jumlah kematian seramai 3,641 setakat ini dan berada di tangga ke-9 kedudukan negara di dunia paling terkesan dengan pandemik berkenaan, katanya.

“Jumlah penduduk yang disaring adalah seramai 1.3 juta orang manakala kadar aktif COVID-19 sebanyak 36.95 peratus, “ katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close