Berita UtamaDunia

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar Iran

Laporan awal seorang maut, 13 cedera ketika selamatkan diri

TEHRAN, 15 Ramadan 1441H, Jumaat – Gempa bumi sekuat 5.1 magnitud melanda ibu negara Iran serta bandar berhampiran, semalam.

Pusat Seismologi Iran memaklumkan, pusat gempa direkodkan di bandar Damavand di Tehran pada kedalaman tujuh kilometer.

Gempa itu berlaku beberapa saat, menyebabkan penduduk panik melarikan diri dari bangunan.

Agensi berita rasmi IRNA memetik Persatuan Bulan Sabit Merah Iran sebagai berkata, gegaran turut dirasakan di wilayah Alborz, Qom, Qazvin dan Mazandaran di kejiranan Tehran.

Menurut laporan awal, seorang maut manakala 13 lagi cedera ketika menyelamatkan diri.

Difahamkan, gegaran berkenaan adalah paling kuat yang berlaku di Tehran dalam tempoh lebih dari dua tahun apabila gempa berkekuatan 5.2 magnitud melanda bandar Malard berhampiran ibu kota.

Kedudukan Iran yang terletak di atas dua plat tektonik utama menyebabkan ia sering mengalami aktiviti seismik.

Pada November 2017, gempa bumi berkekuatan 7.3 magnitud melanda wilayah Kermanshah mengakibatkan 620 orang terbunuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button