Berita UtamaPendapat

Kes COVID-19 turun, suhu politik naik

Tiba masa negara tonjolkan pemimpin berwibawa, berkompeten

i-TUN Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk jadi Perdana Menteri semula
ii- Datuk Seri Anwar Ibrahim kini ketua pembangkang di Parlimen
iii- Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu mengalu-alukan Bersatu kembali ke Pakatan Harapan (PH)
iv-Ketua Penerangan Bersatu menafikan berita Bersatu sertai PH
v- PN Johor akan menukar speaker DUN
vi- DUN Kedah juga dikhabarkan bergolak 18 : 18

Apa pun yang bakal berlaku, saya doakan agar tidak berlaku perubahan kerajaan dalam tempoh terdekat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

i-Fokuskan kepada kebajikan rakyat dan pulihkan ekonomi negara.
ii- Pengendalian wabak COVID-19 masih jauh daripada pengakhiran
iii-Umat Islam mahu kembali mengimarahkan masjid dan surau
iv- Anak-anak dan mahasiswa nak kembali ke sekolah, kolej dan universiti
v- Yang hilang pendapatan dan pekerjaan, kena cari kerja baharu, bayar hutang dan mencari pendapatan buat anak isteri
vi- Ratusan ribu pendatang tanpa permit dan pelancong China yang berlambakan harus dihantar pulang

Banyak sangat kerja dan masalah yang perlu diselesaikan.

Semakin sampai masanya untuk negara kita menonjolkan barisan kepimpinan baharu yang berwibawa lagi kompeten bagi mengemudi pelayaran baharu di lautan yang bergelora.

Saya doakan kebaikan buat rakyat, agama dan negara, apatah lagi menjelang masuknya sepertiga penghujung Ramadan.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin 
Naib Presiden ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close