Berita Utama

‘Permata berharga’ ISMA rakam takziah pemergian Ustaz Ismail Kamus

'Kita kehilangan tokoh ummah sangat berharga di bulan Ramadan'

BANGI, 15 Ramadan 1441H, Jumaat – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.

“Kita telah kehilangan seorang permata ummah dan tokoh agama yang sangat berharga di bulan Ramadan ini. Takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Datuk Haji Ismail Kamus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham yang juga merupakan pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam tadi di kediamannya di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close