Berita Utama

11 ejen rahsia AS dijangkiti COVID-19

Tak pasti Trump, Pence punyai kontak dengan ejen berkenaan

WASHINGTON, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Seramai 11 ejen rahsia Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19, memetik Yahoo News pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) seramai 23 petugas agensi penguat kuasa undang-undang yang dijangkiti sebelum ini sudah sembuh.

Seramai 60 lagi pekerja masih dikuarantin. Tidak dapat dipastikan sama ada Presiden Donald Trump atau Naib Presiden Mike Pence mempunyai kontak rapat dengan ejen berkenaan.

Agensi di bawah DHS itu bertanggungjawab melindungi pemimpin negara dan ketua negara yang melawat AS.

Pada Jumaat, Trump berkata, jurucakap Pence, Katie Miller dan isteri penasihat kanan Stephen Miller juga disahkan dijangkiti COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button