Berita Utama

28 lagi positif babit kluster pekerja kilang di Pedas

Jadikan jumlah kes positif COVID-19 di situ sebanyak 88 kes

SHAH ALAM, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Sebanyak 28 kes positif baharu COVID-19 dikesan melibatkan kluster warga pekerja sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 88 kes.

“Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu 33 (warga Nepal), 26 (Bangladesh), 11 (Indonesia) dan 11 (Myanmar).

“Punca jangkitan bagi kluster ini masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, KKM mendedahkan terdapat 60 kes positif dikesan hasil saringan lebih 700 pekerja di kilang sama susulan daripada kluster baharu yang dikesan.

Kluster berkenaan dikesan pada 2 Mei apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button