Berita Utama

Dr Mahathir khianati negara naikkan DAP

Cukuplah kagumi pemimpin rosakkan negara ke tahap sekarang

BANGI, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Cukup-cukuplah mengagumi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau telah mengkhianati negara menaikkan DAP sebagai pemerintah, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Beliau berkata, ramai pihak menyangka Dr Mahathir mampu mengawal parti rasis dan cauvinis berkenaan, namun terbukti beliau gagal melakukannya selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Kemudian dia (Dr Mahathir) pun bingung sampai letak jawatan dan terlepas jawatan Perdana Menteri ke-8. Hilang entah ke mana yang dikatakan licik strategi bagai.

“Dia pragmatis narsistik. PRU14 dah rosakkan negara ke tahap tidak boleh dibaiki dah. Cuma nak ingatkan, bab DAP naik jadi pemerintah bukan Dr Mahathir seorang saja ada ‘jasa’, dan perkara ini berlaku sejak 20 tahun lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kemelut politik kembali meruncing apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button