Berita Utama

Dr Noor Hisham diberi cuti, tiada sidang media COVID-19

KKM akan keluarkan kenyataan situasi semasa jam 4.30 petang

BANGI, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada sidang media bagi perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Namun begitu, kenyataan akhbar situasi semasa COVID-19 akan dikeluarkan jam 4.30 petang.

“Sidang media akan kembali berjalan seperti biasa pada esok, 10 Mei 2020.

“KKM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama rakyat Malaysia terutama pengikut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sentiasa jaga kebersihan diri seperti mencuci tangan menggunakan sabun dan air serta mengamalkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button