Berita UtamaDunia

Israel tindas Palestin tahan 1,500 penduduk sejak awal tahun

Tahanan diseksa secara pelakuan menjijikkan terutamanya kanak-kanak

RAMALLAH, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Tentera pengganas Israel telah menangkap 1,500 rakyat Palestin, termasuk 35 wanita dan 240 kanak-kanak sejak awal tahun ini, lapor Pusat Kajian Tahanan Palestin.

Jurucakapnya, Riyad Al-Ashqar berkata, Israel secara rutin menangkap rakyat Palestin sebagai alat penindasan dan hukuman kolektif, termasuk ketika perintah berkurung dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.

“Penjajahan Israel membahayakan nyawa rakyat Palestin dengan menangkap mereka dalam keadaan luar biasa sementara pemerintah dunia membebaskan tahanan mereka, termasuk rejim itu juga telah membebaskan ratusan tahanan Yahudi untuk memerangi coronavirus,” katanya.

Menurut Riyad, pihak berkuasa Israel telah menundukkan semua tahanan kepada satu atau lebih bentuk penyeksaan fizikal, psikologi, penderaan moral dan pelakuan menjijikkan terutama ke atas kanak-kanak.

Laporan itu menyatakan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada penangkapan itu berlaku di Baitulmaqdis dengan 600 tahanan.

Riyad berkata, tahanan termuda adalah Majid Ali Abu Sa’ada berusia 7 tahun dari bandar Jayyaous, Timur Qalqilya di Utara Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close