Berita Utama

Pemandu lori ditahan lempar kata kesat kepada polis trafik

Keluarkan kata kesat ‘polis sial’, ulangi sebanyak 2 kali

KANGAR, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, lelaki berusia 37 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu melakukan kesalahan tersebut kira-kira 12.20 tengah hari.

“Pemandu tersebut mengeluarkan kata kesat ‘polis sial’ dan mengulanginya sebanyak dua kali kepada anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut turut didengari oleh seorang lagi anggota polis trafik yang bertugas ketika itu.

Katanya suspek bertindak beredar setelah saman dikeluarkan dan kemudiannya ditahan di Kilometer 5, Jalan Kangar-Padang Besar dan dibawa ke Balai Polis Beseri untuk siasatan lanjut.

Wari berkata, suspek direman selama satu hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close