Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 16 Ramadan 1441H, Sabtu – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Rapid KL menafikan kesesakan dalam tren yang tular di media sosial berlaku dalam gerabak transit aliran ringan (LRT) miliknya dan menegaskan kejadian itu tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL.

2. Pihak Pengurusan Premier Hotel Sibu, Sarawak menafikan dakwaan bahawa dua daripada 98 pelajar yang dikuarantin di hotel itu telah keluar mendapatkan rawatan kerana demam panas di klinik tanpa pengetahuan pihak hotel. Pihak Premier Hotel sebagai pusat kuarantin yang diwartakan menegaskan hotel berkenaan dikawal rapi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button