Berita Utama

6.64 juta pekerja dianggarkan telah kembali bekerja sejak 4 Mei

Akan berlaku peningkatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang

KUALA LUMPUR, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas, dianggarkan sehingga hari ini seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjangkakan jumlah tersebut meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Insya-Allah dengan peningkatan jumlah pekerja yang kembali bekerja dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan, kegiatan ekonomi di negara kita akan dapat digerakkan semula.

“Bagi yang bekerja akan dapat gaji, yang berniaga akan beroleh pendapatan dan keuntungan, dan hasil pendapatan ini boleh dibelanjakan dalam sistem ekonomi kita yang akhirnya menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya hari ini.

Muhyiddin berkata, demikian semasa menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, termasuk Bernama TV hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang telah memberikan kerjasama kepada kerajaan Persekutuan dalam usaha membuka semula sektor-sektor ekonomi di negeri masing-masing.

Dalam perutusan khas tersebut, beliau turut mengumumkan atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei, 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun, 2020. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close