Berita UtamaDunia

Anak tanam ibu kandung ‘hidup-hidup’

Dalam kejadian di China, wanita itu ditemui polis selepas 3 hari

BEIJING, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Polis di wilayah Shaanxi, China berjaya menyelamatkan seorang wanita lumpuh yang ditanam hidup-hidup di dalam sebuah keranda reput.

Sejurus menerima laporan daripada menantu wanita berusia 79 tahun berkenaan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

Wanita itu ditemukan dalam keadaan dipenuhi lumpur dan masih bernafas.

Berdasarkan hasil siasatan, wanita malang berkenaan menjadi mangsa dalam cubaan membunuh oleh anak kandungnya yang dikenali sebagai Ma.

Suspek meletakkan ibunya di dalam kereta sorong dan membawanya keluar rumah sekitar jam 8 malam Sabtu sebelum kembali pada awal pagi keesokannya.

Ketika ditanya isteri mengenai keberadaan ibu mentuanya, Ma berkata bahawa dia telah mengupah pemandu van untuk membawa wanita itu ke rumah saudara mereka.

Isterinya yang mencurigai Ma bergegas ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan ibu mentuanya.

Ma yang telah dipanggil pihak polis telah mengaku menanam ibunya hidup-hidup di sebuah keranda yang reput.

Polis menjejaki lokasi kejadian dan terkejut apabila menemui wanita warga emas itu masih hidup meskipun tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.- Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close