Berita UtamaDunia

Russia dakwa sudah elak krisis makanan, tapi sekatan Barat burukkan keadaan

Laluan selamat kapal eksport bijirin Ukraine dibuka setiap hari

MOSCOW, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov mendakwa, negaranya sudah cuba mengelak krisis makanan dalam operasi ketenteraan Moscow yang berterusan di Ukraine.

Lavrov membuat kenyataan itu ketika lawatan ke Bahrain, semalam di tengah-tengah kemelut media Barat yang mendakwa Russia mengganggu aliran makanan ruji untuk keluar dari republik bekas Soviet itu.

Diplomat tertinggi itu mengingatkan bahawa Russia telah membuka laluan selamat untuk kapal yang mengeksport bijirin Ukraine setiap hari.  

Untuk menyahsekat sepenuhnya pelayaran, Ukraine perlu membersihkan lombong di perairan wilayahnya, tambahnya.

“Jika masalah pembersihan lombong diselesaikan, di laut terbuka, tentera laut Russia akan menyediakan laluan tanpa halangan bagi kapal-kapal itu ke Laut Mediterranean dan seterusnya ke titik destinasi,” katanya.

Duta Russia ke AS berkata, krisis makanan global sebenarnya bertambah buruk akibat sekatan Barat ke atas Moscow.

Diplomat tertinggi itu berkata, kini terpulang kepada negara-negara Barat sama ada mereka berusaha untuk hanya ‘membuat publisiti’ mengenai keselamatan makanan atau untuk menangani masalah yang ada.

“Semua yang bergantung dengan kami telah dijamin dari pihak Russia.

“Tetapi negara-negara Barat, yang telah mencipta banyak masalah dengan menutup pelabuhan untuk kapal Russia, menyekat rantaian logistik dan kewangan,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button