Berita Utama

Kes COVID-19 di Indonesia lebih 14,000

14 kematian dalam tempoh 24 jam keseluruhan 973

JAKARTA, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,032 kes, dengan angka kematian kini 973 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 14 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 387 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,032 kes,” katanya.

Achmad Yurianto berkata, seramai 30,317 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,698 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 434 kes, diikuti Jawa Timur (143), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close