Berita UtamaPendapat

Orang-orang tua berebut kuasa

Rasulullah ﷺ  pesan kegilaan kuasa musnahkan individu

1. DALAM kekalutan negara menghadapi serangan Covid-19 yang mengorbankan ratusan nyawa, ada orang-orang tua yang tidak habis dengan perebutan kuasa mereka.

Kedatangan Ramadan juga tidak meredakan nafsu yang tiada tarikh luputnya.

2. Rasulullah ﷺ  berpesan dalam satu hadis bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka.

Mereka akan menyesal di akhirat akibat kerakusan mereka pada kuasa. Sabda Rasulullah ﷺ :

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat.” (HR al-Bukhari)

3. Rasulullah ﷺ  turut berpesan kepada Saidina Abd Rahman bin Samurah RA agar tidak meminta minta jawatan.

 Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa sikap terlalu mengejar jawatan ini adalah dibenci oleh Rasulullah ﷺ .

 Ia adalah bebanan yang akan dituntut di akhirat kelak.

4. Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar bimbang andai sekiranya setiap perkara dibawah penguasaannya akan menuntut hak mereka dihadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisirsn Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

5. Anehnya ada dikalangan manusia pada hari ini sangat gilakan bebanan ini.

Segalanya sanggup dilakukan demi mencapai impian tersendiri.

Sehingga kita tidak pasti apakah perjuangan mereka ini untuk memperjuangkan Islam dan nasib ummah atau kepentingan peribadi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button