Berita Utama

Suami isteri tinggal berjauhan boleh rentas negeri

Mohon melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke balai polis

KUALA LUMPUR, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan, dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi membolehkan mereka berjumpa dengan keluarga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan kelonggaran tersebut kerana difahamkan ada pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan atas urusan kerja.

“Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen televisyen hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga memohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dapat memberikan kelonggaran yang sama.

Menurutnya permohonan itu boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button